Hakikat yang menyesakkan nafas anda. seriyess
11:06 AMJika anda seorang muslim, hidung anda pasti sedang kembang kempis bila baca status diatas.
Tapi jangan cepat kembang sangat. Biar saya bagitau hakikat yang bakal menyesakkan nafas anda. Rongga hidung anda bakal menjadi sempit dan kebarangkalian anda untuk pengsan adalah 0.8 ! Ehh.
Baiklah. Mungkin sebagai seorang manusia yang telah bersyahadahkan bahawa Allah adalah Tuhan yang Satu, anda rasa sangat gembira. Sangat beruntung kerana bersaksikan bahawa Dia lah yang menciptakan langit dan bumi. Dia lah yang menghidupkan dan mematikan.
Namun begitu, adakah kita benar-benar faham erti bertuhan?
Biar saya rephrase ayat syahadah yang menjadi pegangan kita selama ini.
"Aku naik saksi bahawa Tiada TUHAN SELAIN ALLAH, dan Nabi Muhammad pesuruh Allah."
TIADA TUHAN SELAIN ALLAH.
TIADA TUHAN selain Allah.
TIADA
TIADA.
Dari segi spiritual nya, memang ya. Kita semua mengaku Allah Tuhan kita.
Tapi. Berapa ramai yang sedar bahawa dia adalah hambaNya?
Hamba yang perlu meletakkan Allah sebagai kedudukan yang tinggi daripada segala galanya.
Hamba yang perlu melaksanakan perintah perintah Nya.
Kita mengaku kita bertuhankan Allah, tapi apabila ada sesuatu yang menuntut kita untuk melanggar perintahNya, kita turuti dek takutkan hukuman dunia.
Itu bukan bertuhankan Allah, itu bertuhankan manusia!
Kita mengaku kita bertuhankan Allah, tapi apabila kita lihat fesyen terkini di pasaran, kita terus ingin memakainya dan menyedari hakikat ianya tidak menutup aurat kita dengan sempurna*
Itu bukan bertuhankan Allab, itu bertuhankan fesyen!
Kita mengaku kita bertuhankan Allah, tapi apabila kita lihat mereka yang membuka aurat itu mendapat perhatian ramai, kita terus ingin membuka aurat dan menyedari hakikat ianya berdosa.
Itu bukan bertuhankan Allah, itu bertuhankan populariti!
Kita mengaku kita bertuhankan Allah, tapi apabila kita mendengar seruan azan, kita dengan sengaja melewat lewatkan solat. Atau lebih parah lagi, kita dengan sengaja meninggalkannya.
Itu bukan bertuhankan Allah, itu bertuhankan malas!
Anda fikir anda boleh lepas?
Mengaku Allah sebagai Tuhan adalah dengan mentaati perintahnya dan meninggalkan larangannya. Serta mampu meletakkan diri kita sebagai hambaNya dalam apa jua keadaan.
Bila kita yang sesedar sedarnya bahawa Allah Tuhan kita. Automatik kita mesti ingat balasan dan hukuman, ganjaran dan kurniaan. Kekuasaan Allah.
Ingat syurga, ingat kenikmatan yang abadi kat syurga. Ingat kitab suci Al Quran. Ingat Rasulullah saw.
Ingatkanlah Tuhan tika setiap waktu.
As simple as, ingat Tuhan bila dapat makanan. Syukur.
Ingat Tuhan masa nak shopping. Put islam before fashion.
Ingat Tuhan masa nak bermalas malasan. Mati itu bebila.
Anda fikir anda boleh lepas?
Mari menjadi hamba.
Ajak yang lain untuk turut serta.
Because everyone deserves heaven.
:)
Nota :
*Sempurna = Penutupan aurat yang sempurna adalah tudung yang menutup bahagian dada, baju yang tidak jarang (tidak menampakkan bentuk badan), dan lain lain yang saya rasa anda peka dan arif dengannya. Cuma nak ignore atau patuh.
posted from Bloggeroid
0 White pearl(s)