2 Hari yang bahagia :D.

5:59 AM



Kita merancang, Allah tentukan. 

Hari sabtu. 12 haribulan julai 2014.
Aku niat. Harini nak pergi Outbox kat Serdang. 
Sorang-sorang.

Tawakkal.

Kemas kemas bilik. Siapkan diri , tak sedar sampai pukul 9. Cuak sikit la. Sebab outbox start pukul 10 kott!

Pastu turun bawah pegi kat mesin topup tu. Rm10. Done. Beli mobile internet. Nk tgk google map konon. 
Keluar pintu hostel dengan sikit keberanian nak pergi lrt bangsar sorang sorang. Ahh. Redah je la. Buat muka garang. Bismillah. 

Alhamdulillah alhamdulillah. 

Ternampak sekumpulan pelajar tengah keluar pintu hostel dari kafe. Pastu nampak " eh macam kenal. Haziqah!"

Haziqah budak sekolah MGHS sampai form 3. Pastu dia pindah MRSM. 
Dia dpt program foundation computer science. And akan berlepas ke korea lepas habis foundation. Budak pre korean. 

Diorang on the way pergi campus UniKL.
And... Alhamdulillah naik lrt!! 

Heheh. Jadi aku pun ikut la sekumpulan rakan2 pre-korean ni pergi lrt. Jalan kaki. Yeayy ada kawan. Hehe.

Tengah jalan. Tetiba diorang berhenti. Eh naik bas. So. Dapat satu pengalaman baru. Naik bas awam  haha. Tak pernah naik bas lagi kat KL ni. 

Sekejap je. Jalan straight dah sampai lrt. RM1.

Sampai stesen bangsar. Aku beli la token untuk ke KL Sentral. Dari KL Sentral akan tukar ke KTM.

Beratur kat kaunter tiket. "Kak, Serdang satu."

"RM1.70 ye dik"

Wang bertukar tangan. Terus aku masuk kawasan platform ktm. Mengikut google map, next ktm ke serdang akan sampai dalam pukul 9.35 sampai 10.35. Dlm hati dah cuak sikit. Alamak.. tebal muka je la nanti masuk outbox lambat. Seram seram. 

Sambil sambil nak tunggu tren sampai, kita lek leklu dengan odoj. InsyaAllah banyak masa nii. Ada dalam 20 minit. 

Baca punya baca. 9.40 baru tren sampai. Perjalanan dalam kurang lebih satu jam je la. Alhamdulillah. Sampai dah aku ke tempat yang dibayang bayang setelah sekian lama. Huish debauu (debar dalam bahasa melaka :p) 

Aku ada copy direction ke Zilal Hall dari page Outbox. Lama dah copy. Tinggal nak pergi je ni haha. 


Iman Publication,
( Outbox Malaysia ),
16-2 (Tingkat 2), Jalan Dagang SB 4/2, Taman Sungai Besi Indah,, Seri Kembangan, Selangor. 43300.

untuk yang mahu walk in,


Cara untuk tiba dengan public:


Boleh turun di KTM Serdang, kemudian lintas jalan besar dengan jejantas.

Anda akan temui kedai mamak Maulana di belah timur laut anda sebaik sahaja anda turun dari jejantas itu. Jalan menuju ke arah timur iaitu ke penghujung jalan (Maulana di belah kanan anda), dan anda akan menemui kedai elektrik Joven di tingkat bawah. Iman Publication (tempat diadakan sesi OutBox) ada di tingkat 2 insyaAllah.

Jalan punya jalan, alhamdulillah. Jumpa kedai elektrik Joven. Jom naik tingkat 2. Sampai je kat tingkat 2. Allah. Kenapa macam tutup je ni? Diorang dah ada kat dalam ke?  Cancel ke harini? Alaa. Hmm. Aku rehat jap kat tangga. Mengah sikit la naik tangga tu. Haha. Baru ingat nak contact Haziq nak tanya. Tapi tak tanya pun. Sebab

Beberapa minit kemudian,ada 3 orang gadis naik. Alhamdulillah. Tak bukak lagi rupanya. Heheheheheh. Semangat nak di outbox kan semakin berkobar kobar. 

Ada kak Aqilah, kak Misha and.. lagi sorang tu macam busy je. Tak sempat nak berkenalan lagi. 

Aku agak, dia lah kepala Outbox ni kot. Kot. 

Masuk Zilal Hall, susun kerusi semua. Akak2 lain setup bunting, slide, whiteboard. Okay siap duduk. 
Rupa rupanya Outbox ni start pukul 10.30 bukan pukul 10. Fuhh *lap peluh*

Masa sesi talk berjalan, aku duduk sebelah hakak comel berkaca mata. Kak A'thifah. Pelajar medic Indonesia. Dia sedang cuti sem sekarang ni. 

Speaker minggu ni ialah Akh Helmee. CEO syarikat Bil Hikmah. (?) Bila tengok muka akh ni,  eh macam pernah nampak la before ni. Dekat mana tak ingat. Lepastu dia ada bagitau pasal siri video dia dekat youtube. Haaa! Betul la dia. Haha dia yang berlakon dengan Heliza Helmi dalam video tu. He's hilarious. Sama macam dalam video tu haha.

Lepas talk by akh Helmee tu, aku decide nak balik bangsar je lah kot. 
Petang tu sebenarnya  ada event HAS. So called 'Main tembak-tembak' 

Plan macam tak nak pergi, macam nak pergi, pastu tiba tiba kak Athif cakap dia akan pergi ke event tu.  Im like whatttt. Nak ikut nak ikut! Haha. 

So bincang punya bincang, dengan sedikit perumitan cerita yang telah di simple kan, kitorang pun bercadang untuk pergi ke event tu naik kereta kak Qudwah. Qudwah Hasanah. Sedap gila kan nama diaaaaa 

Ok sambung.Main tembak-tembak tu kat cheras je sebenarnya tapi masa on the way pergi situ jalan kemain belit belit haha. Buat habis minyak je.

So kitorang pergi studio foresight and solat dulu, then bergerak ke taman berdekatan untuk main tembak tembak. Nama permainan tu Nerf. Nerf? Aku pun mula-mula tak tau haha. Tapi best gilaa main nerf!!! Tak puas ah main. 

Well, masa main tu mesti la asing asing. Mula mula laki main dulu pastu baru perempuan. 
Game first tu, game 1 lawan 1. Kak Qudwah menang. Aku seronok main tembak je haha. Nak berstrategi macam lek lu lek lu. Kita enjoy je. Haha. 

Best main tembak tembak!!! Nak main lagiii. Kitorang dah plan dah, satu hari nanti buat event main nerf untuk akhwat je. Wuarghh mesti bestt. 

Kitorg main like sampai pukul 7 kot. Pastu terus  pergi satu restoran nasi arab seeedappp. Haha dah bakar kalori tadi main lari lari pastu makan nasi arab pulakkk. Haha layan~ 

Lepas buka then solat kat masjid berdekatan. 

Ekceli, masa tengah bincang2 kat serdang tadi. Tetiba kak Qudwah cakap, 

"kita iktikaf kat Masjid Besi nak?!"

"Hmm boleh jugak!"

"On jee"

"Jommm!"

So lepas solat then pergi Serdang balik amik motor kak Athif and gerak ke Putrajaya. And of coz, aku offer diri untuk sekali ngn kak Athif naik motor!! Hehehehee best woo. Sejukk je. Hehe. Mula2 singgah rumah kak Athif jap kat presint 9 amik baju, tuala apa sume. Then baru gerak pergi Masjid Besi.

Sampai sampai masjid besi.... dengar suara cam familiar. Eh? Suara orang ceramah tu....

Macam keenall. 

Masuk dalam. Owwwww yesss. It's Mufti Menk! 
Alhamdulillah Alhamdulillah. Dapat dengar ceramah Mufti Menk. Free. Heheh. Walaupun sekejap je. But. Berkat tu berkat. Alhamdulillah. 

So we spent the night at masjid Besi. And dapat qiam jemaah~ Ahhh best la. 

Pastu esoknya pergi Serdang balik untuk program Changemaker by Nazirul Haziq. Banyak info dapat. Kenal raaaamai lagi hakak hakak baik. Wuuu. And. Banyak gila idea diorang. Aku pulak masih dalam fasa blurr dan culture shock lagi. Eh haha. 

So balik hostel dalam pukul 3 lebih. Solat zuhur dulu. Lepastu. Bam! Terlentang tidur. Sedar sedar dah pukul 7:56! Whoaa whooa.... 

Aku cepat cepat buka minum air soda Anem yang ada lebih sikit atas meja dia. Alhamdulillah. Allah masih kejutkan aku dan masih bagi aku peluang untuk minum walau sikit. 

Tengok whatsapp. Banyak gila mesej. Syasya ada, Diana ada. Aku tengok satu satu. 

Bila bukak mesej diana, dia tanya pasal tarawikh kat luar. Alamak!!! 
Tengok notification. Dia hantar pakai SMS jugak. 
Allah. Diana. Sorry sangatt. Dengan tak mandi nya. Eii busuk haha. Aku terus amik wudhu and siap siap untuk nak pergi masjid. 

Penat pun penat la sapora. Dah janji kann. 

Okay ni ada satu lagi cerita nii. 
Mengikut makcik guard. Jalan straight, pastu belok kiri. 
Kami pun dengan lurusnya ikut arah makcik guard. Rupanya rupanya tersalah belok kiri. Sepatutnya straight lagii. Aduhhh. 
Patutlah scary semacam jalan yang kitorang amik ni.

Alhamdulillah nampak ada perumahan, rumah yang agak kaya la jugak. Tanya pakcik tu. Dia macam otw keluar. Ke tarawikh kot. Siap jubah bagai tu hehe.

"Cik, Masjid Bangsar kat arah mana ya?"

"Oh dik, masjid sepatutnya straight lagi. Bukan ke sini."

"Abistu ni jalan apa ye cik?"

"Ni jalan mati dik"

Allah!

Kitorang pun patah balik dengan hampanya. 

Masa nk berpatah pakcik tu ada cakap something, tapi aku ignore je. Sebab takut.
Sekali dia berhenti sebelah Kitorang and tanya.

"Dik nak pergi masjid bangsar kan?"

"Haah"

"Haa tumpang kitorang la kalau macam tu."

I was like whoaa. What? Dalam kereta tu ada 3 orang laki kott. 

Tapi aku tengok diana dah capai pintu kereta pakcik tu. Wohoho. 

Bismillahi tawakkaltu 'alallah.

Ya Allah kau selamatkanlah kami. 

Again dengan sedikit takut dan tawakkal. Kami naik kereta pakcik tersebut. 

Alhamdulillah. Sampai ke destinasi yang dihajati. Masjid bangsar.

The serenity dekat masjid tu. Ohhh. Alhamdulillah alhamdulillah. 

Allah bagi isyak dan tarawikh  kat masjid bangsar malam ni. 

MasyaAllah alhamdulillah. 
Kita yang merancang, Allah yang menentukan. 

Aku merancang untuk datang outbox satu hari je and plan balik hostel hari sabtu tu jugak. 

Allah atur aku untuk tidur kat masjid besi malam sabtu tu. .
Jadi musafir secara mengejut. 

Alhamdulillah banyak yang aku belajar.
Tawakkal. Terutama sekali tawakkal. 

Berserah pada Allah.
InsyaAllah. 
Moga Allah redha. 

Terima kasih. 

You Might Also Like

0 White pearl(s)

Followers

Like us on Facebook