Ketahuilah wahai diri
8:18 PMWahai diri,
Ketahuilah.
Tuhanmu amat menyayangimu.
Apa yang kau minta,
Semua Dia beri.
Apa yang kau adu,
Semua Dia dengar.
Apa yang kau bisik,
Semua Dia tahu.
Ngomelanmu,
Keluhanmu,
Tangismu,
Tawamu,
Senyummu,
Masammu,
Semuanya Dia tahu.
"…kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang terkandung di dalam dada."
(67:13)
Walau tika kau mengingkariNya.
Walau tika kau berbuat dusta.
Tidak pernah sayang,
Tidak pernah.
Apakah itu tidak cukup membuktikan bahawa Dia amat menyayangimu ?
Apakah itu tidak cukup untuk kau menyayangiNya kembali ?
Jawablah wahai pendosa.
Jawab!
Janganlah kerana sedikit ujian yang menimpa,
Buatkan kau menjauhkan dirimu dari Dia.
Kerana sangka Dia menghiraukan kau kan?
Sepatutnya kau peka.
Bahawa Dia ingin teguhkan imanmu.
Bahawa Dia ingin kau bangkit.
Menjadi hamba yang kuat.
Sekiranya kau faham.
Wahai diri,
Ketahuilah,
Tuhanmu amat menyayangi dirimu.
Dia menjadikan kau seorang Muslim.
Kau seharusnya bersyukur
Kau telah bersyahadahkan Allah Tuhan yang Esa.
Dan Nabi Muhammad pesuruh Allah.
Kerana syahadahmu membawa seribu satu rahmat Dia.
Namun amatlah sedikit kamu bersyukur.
Janganlah engkau menangguh nangguh taubatmu
Kerana kau tidak tahu
Bilakah detik terakhirmu.
Dan kemanakah destinasimu selepas itu.
Wahai diri,
Ketahuilah,
Qalam ini tiadalah bermakna jika kau tidak mengambil iktibar.
Cubalah bersyukur dan katakan Alhamdulillah.
Segala puji bagi Allah.
Moga itu cukup bagimu.
Jika tidak, sesungguhnya kau sedang parah.
Maka cepat cepatlah bangkit!
Katakan tidak kepada malas!
Katakan tidak kepada nafsu!
Katakanlah
"SyurgaNya lebih indah daripada kenikmatan bermalas malasan yang sementara. Syurga sedang menunggu "
JOM!
0 White pearl(s)