Kau jaga agama Tuhan. Tuhan jaga kau.

12:20 AM


Bismillah

Futur.
Ouch. Apesal awal awal aku dah cakap pasal futur ni haha.

Sejujurnya. Aku selalu putus asa. Selalu patah semangat. Bila aku kecewa. Aku tak lagi berharapan kepada Tuhan yang Maha Esa.

Aku rasa macam ditinggalkan. Aku rasa macam kejauhan dari Tuhan. Padahal Tuhan tak bergerak seinci pun dari aku.

Ketahuilah itu wahai diri.

Dulu kau sangka kau dah cukup kenal Tuhan. Sudah cukup iman di dada. Tapi itu semua dusta.

Ada satu analogi yang aku rasa cukup bernas daripada
Ustaz Dr. Zulkifli Al Bakri.
Katanya,(mafhum)
Ada seorang adik dan si abang. Si abang tu sakat adik. Kepada siape adik tu akan mengadu? Tentulah kepada mak dia kan? Adik takkan nak mengadu pulak kat adik yang lebih kecil . Kan?

Sebab apa? Sebab adik tau yang mak, kuasanya dan pengaruhnya lebih besar. Jadi bila mak pandang je abang. Abang dah bergetaq lutut dia. Haha.

Lihat. Adik kecil tu sendiri tahu. Sudah  fitrah bahawa bila nak mengadu, mengadulah pada yang lebih besar. Kerana dia lebih berkuasa.

Samalah situasinya di sini.

Kalau terasa lemah, mengadulah  pada Allah.

Kalau terasa sedih, mengadulah pada Allah.

Kalau terasa sempit, mengadulah pada Allah.

Kalau terasa hiba, mengadulah pada Allah.

Adulah. Adu semuanya pada Dia yang Maha Kuasa.

Kenalilah Dia. Dia Maha Mendengar. Dia Maha Penyayang. Dia Maha Lembut.

Apelah alasan aku untuk tidak sayang kepada Dia.

Apelah alasan aku untuk terus putus asa dari rahmat Dia.

Syukurlah kau sedikit sedikit sedang berkenal dengan Dia. Ada mereka yang tidak kenal lagi. Cuma tahu saja. Acquaintance. Taknak jadik tu. Nak jadik level.. hehe. Lover terus boleh?

Lover kepada Dia. Terus dicintai  dan mencintai.
Sambil sambil tu. Kita sebar-sebarkan Cinta Agung ini kepada semua.


"Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam."


"Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam),"


"Dan hendaklah ada di antara kamu yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya."
(Al-Imran,3:102-104)


You Might Also Like

0 White pearl(s)

Followers

Like us on Facebook