Kau kata aku apa?
2:46 PMAku perhati je.
Ujian hidup aku ni,
Mesti libatkan hati aku.
Tuhan selalu mahu,
Kasi aku betulkan niat aku.
Tak kiralah sakit ke gembira.
Sayang!
Ada satu ni.
Asal nampak benda tu lain je,
Orang kata aku sesat.
Asal buat benda yang orang lain tak buat je,.
Orang kata aku gila.
Takapa la,
Aku rasa sebab zaman silam lah kot.
Dulu mungkin,
Kau cuba something yang lain,
Dan kecewa diakhirnya.
Dulu mungkin,
Kau cuba fikir luar kotak,
Orang menghinamu.
Ahh.
Tapi aku sakit juga.
Bagaimana harus kita maju.
Jika terus menetap di bawah tempurung?
Bagaimana harus menarik mereka,
Yang kejauhan dari Tuhan,
Jika methodnya ala kadar saja.
Bagaimana harus menarik orang muda,
Jika caranya klasik-klasik aja?
Ya.
Klasik itu ada lah bagusnya.
Cuma biarlah otak saja bagi klasik.
Kaki kau harus bertapak di dunia kini.
Aku kira ini semua ujian.
Agar aku tidak mudah rebah dengan kata-kata.
Boleh jika madah menjadi pembakar,
Lalu,
Biarlah semangat menjadi penggerak.
Jadikanlah tribulasi sebagai penguat.
Untuk kau maju menjadi penggiat.
Bergeraklah kau sehabis tenaga,
Biarlah syurga tempat bersenang.
Bangkitlah wahai pemuda,
Kejutkan bangsa.
Kita gegarkan dunia.
*23Mei2014*
*safurabermadahtandanyaparah*
*jagajaga*
0 White pearl(s)