Revolusi 1435

8:19 PM

Saat aku buka mataku. Aku sedar. Aku bukan di sana.
Kecewa? Sangat. Tak bersyukur? Bukan. Jadi apaan sihhh?

Masih banyak yang perlu ku kerjakan. Masih jauh langkah kakiku boleh berjalan.
Usaha aku ini sebesar atom cuma. Kalau nak dibandingkan ganjaran untuk ke sana. Untuk melihat pun harus ada mikroskop. Itu pun kena zoom kuasa TeraTera. Hm? Nak dibanggakan? Tak usahlah.

Tempatnya, idaman semua manusia. Tidak kira agama tidak kira jantina. Semuanya mahu ke sana. Tempatnya sangat luar biasa. Sangat indah namun tidak boleh digambarkan dengan kata kata dan kuasa minda. Beyond our ability. Hanya yang dipilih saja dapat menikmatinya.


Kedengaran sangat ternama. Sangat berkuasa. Sangat berpengaruh. Siapakah yang layak untuk ke sana?

Hanya yang kuat bekerja saja yg akan dipilih. Penilainya? Kau takkan dapat lihat. Kamera penilai ada di mana mana. Dia nampak apa yang kau buat. Dia tahu apa yang kau rasa. Dia dengar apa yang kau katakan. Eh. Kemana kau mahu lari?

Kau kata kau idam? Kau kata kau mahu? Nah. Sekarang pilihan di tangan kau, kau, kau, dan juga aku.
Aku mahu. Aku mahu sekali. Namun aku gerun. Setiap perilaku aku dilihat. Setiap gerak geri aku di nilai. Aku takut aku tak dapat. Aduh. Gundahnya hati ini.

Tenanglah wahai sayang. Takutnya harus diiring dengan perlakuan. Jangan kau termenung lagi. Ayuh kita bangkit. Ayuh kita bergerak.

Ayuh kita berlari! Mengejar Syurga yang pasti.






Indahnya. Malah ia lebih indah lagi. Jom?
posted from Bloggeroid

You Might Also Like

0 White pearl(s)

Followers

Like us on Facebook