Kembali Pulang.
10:07 PM
Aku terus menuju ke kantin untuk mengisi perutku yg dah berkeroncong irama acapella Tanoshimaru (batuk kecil) versi rosak.
Sadis.
Exam terkezut yg Mr. Lim bagi tadi tu memang buat aku serba tak kena. Exam takda alarm laktu. Siren takdak apa pun takdak. Tuptup Sir kata nk buat exam pulak. Memang 'favorite' aku menda surprise surprise nih. Ha ha. Nak menguji tahap kesediaan menjelang SPM katenyeww.
Entah apa lah aku jawab kat exam tadi tu. Rasa macam tak pernah lepas PMR pon ade gak. Ish.
"Dik, semua sekali RM3.50"
.......
"Dik ohhhh dik"
Aku terjaga dari lamunan aku dek disedarkan abang kantin TomTomYam tu. Rupanya tanpa sedar dah beratur panjang orang kat belakang aku. Terus aku keluarkan dompet Spiderman jenama Alien Dilondon aku yg aku sayang gila sampai ke syurga. [Sebab bieftijay(BFTJ-Bestfren Till Jannah) bagi].
Aku tunduk sendiri. Malu. Sebab aku dah buat ramai orang tunggu sebab aku. Sebab aku tau penantian merupakan satu penyeksaan. Eh.
Tapi sabar itu pula sebahagian daripada iman. Eh eh ewah.
Aku tak paham betul dgn aku ni. Lately ni aku asyik mengelamun, berangan, fikiran melayang, mimpi siang dan segala yg seangkatan dengannya. Belajar ke mana. Ke mana mana. Kawan ke mana. Kawan ke library aku ke library jugak, surf internet.
Eh surf benda dakwah jugak kot. Tak lagha. Kot.
Aku tak pasti apa betul ke perjuangan yg aku tengah buat ni? Atau mungkin aku je fikir aku tgh berjuang tapi sebenarnyaa tak pon. aku hanya berjuang di laman sosial je.
Pahlawan kekunci semat katakoo.
Aku merenung Al-Matsurat dekat almari yg tersusun rapi bersama Al-Quran Al-Karim yg barangkali sudah berhabuk nipis and barisan bukubuku dakwah aku.
Heh. Takat baca je engko pikir boleh masuk syurga ke kalau tak amal?! Aku teringat pesan yg BFTJ aku sebut masa aku lepak dgn dia.. Hmm dua minggu lepas? Ya Allah. Lamanya aku tak jumpa dia.
"Ilmu tanpa amal ni sebenarnya sia sia je tau Syam "
Lamanya tak jumpa Muiz. Padahal at least aku boleh jumpa dia... setiap hari kottt. Blok sama, cuma floor ngn bilik je lain lain. Kelas memangla lain. Tp sesebelah je pon. Tapi tapi. Kenapa aku terlepas pandang semua ni? Kenapa kawan sendiri aku lupa?
Ahhhhhhh!! Cukupla burok perangai kau ni.
Boleh buat list siap gituh
1. Hablumminallah tah kemana. (AlQuran AlMatsurat - Very Bad)
2. Habluminannas ke laut ( seminggu tak jumpa Muiz-Very very bad)
3. Study life ke taman bunga. (Failed test Mr. Lim for the 1st time! - Very busuk!)
4. Family ( seminggu tak balas WeChat Umi, birthday Angah haritu tak wish pon - Very bangkai)
5. Riak, ujub, takbur bila buat kebaikan/ibadat. (Very busuk tahap tempat pelupusan sampah)
Ya Allah.. Banyak nya yg aku dah leka. Banyaknya yg aku pandang enteng. Banyaknya yg aku tinggal.
Tanpa sengaja aku melihat jam di tangan aku. Pukul 6.00. Asar?
Astaghfirullahalazim! Ya Allah. Ampunilah hambamu ini Ya Allah. Aku bergegas ke surau untuk solat asar. Aku jarang begini. Tapi kebelakangan ini aku selalu mcm ni. Lengah lengahkan solat. Fikir benda duniawi banyak sangat. Senyum kat orang pun dah jarang. Aku boleh je solat kat bilik tapi aku segan dengan Badrul.. Lagipun lepas solat aku boleh baca Al - Matsurat ngan Al Quran dgn tenang. Sebab surau kat sini tenanggg je. Bersih. Cantik. Kemas. Wangiii. Suka suka. Tapi. Harini takde orang pulak. (tak sedor diri yang lambatt)
Usai baca Al Matsurat ngan Quran dua muka, aku ingat nak call Muiz lah tanya khabar. Rindu dia. Dulu aku kata uhibbukafillah. Tp sekarang, tang uhibuk mana tah aku tak nampak. Tang fillah tu lagi la hampeh T.T
Time aku nak slide phone semat aku, tetiba ada orang pegang bahu aku. Sejok. Aku terkaku. Aku rasa takde orang dlm surau ni tadi. 'Oh mungkin org tu baru lepas berwudhuk pastu dia baru datang' aku positif.
"Syam! Syam? Hisyam Qusyairi?"
Aku tersedar. Pergh. Hampir takde darah mengalir kat dlm badan aku ni.
"Asal muka pucat semacam ni Syam? Kau terkejut eh? Haha maafla Syam aku ingatkan ko tau aku bukan Makcik Ponti. Kuku pun pendek. Wahahaha. Terkejot ehhh" Abang Haidar selaku ketua blok aku merangkap roommate BFTJku berseloroh.
Eh abang Hedar ni, buat terkejut je! Nasib baik tak terlompat ala jatuh Niagara Falls *monolog dalaman yg tak masuk*
"Kau macam mana sekarang Syam? Hati apa macam?"
Aku tersentak. Apa khabar hati aku eh sekarang ni? Sihat ke? Hidup ke? Ke.... Mati?
"Kritikal bang" Aku jawab ringkas.
"Biasalah Syam, kita ni manusia biasa. Kadang kadang iman pun ada turun naiknya. Kadang kita lupa kadang kita tak sedar. Even benda salah kecik yg kita buat boleh buat binasa kat sistem hati kita. "
"Tapi bang. Saya Muhajjirin. " Aku EGO.
"Muhajirin ke ansar ke kita tetap manusia biasa. Engko pikir orang dah hijrah ni bila dia hijrah dia sampai tahap wali ke? Jauh sekali Syam. Kita kena ingat. Allah suka amalan baik yg berterusan walaupun sikit. Dalam kata lainnya
istiqamah. Tapi istiqamah bukan takat teruus je buat benda yang sama tanpa ada improvement. Takkan kau nak forever baca Al Quran 2 muka sehari? Mungkin boleh peruntukkan 2 muka mana yg mampu. Pastu kita move on dengan 2 muka setiap lepas solat fardhu pulak. Pastu kita move on move on move on lagi. Yg takat kita rasa kita mampu bayar untuk masuk syurga nanti. Macam tu la caranya kalau nak iman kita tak macam roller coaster. Reduce iman lost to the surrounding katanyer."
" Saya rasa macam dah tak semangat macam dulu lagi bang. Macam semangat tu.. Hilang. Lenyap. Macam POFF! Hilang cemtu je. " Aku.. Sebak tp masih ego.
" Kau cuba tengok balik sebab kenapa kau hijrah and rasa semangat dulu? Sebab manusia? Sebab material? Sebab Allah? Carik benda tu balik! Kalau sebab manusia atau material, mintak ampun kat Allah pastu niat hijrah kerana Allah. Niat buat kebaikan kerana Allah. Kalau dulu kau hijrah sebab Allah, Alhamdulillah. Cari balik hadis or ayat yg naikkan semangat kau dulu.
Kau tak segan ke dengan roommate kau Badrul tu? Tengok macam mana dia bangun lepas duduk dlm gelap jahiliyah setelah sekian lama. Tanpa kau sedar, sebenarnya dia bangun sebab siapa kau tau? Sebab kau! Ehem maksud aku, kau yg dulu. Kau yang dulu selalu ajak dia jemaah sesama kat surau. Kau yang walaupun main bola tetap seluar panjang tutup lutut. Selalu goal laktu. Kau yang dulu jadi TOP segalanya. Top student, top imam, top SAHABAT.
Sekarang macam mana? Solat pun akhir waktu. Jemaah lagi la ke laut. Tapi nasib baik aurat kau masih jaga. Cuma jarang turun main bola la. Gol pun sebulan sekali. Sekarang top student bukan kau kan? Aku dengar study kau pun turun menjunam. Nak kata top imam? Top makmum pun kau tak lepas dah. Top sahabat. " Haidar terdiam sekejap. Memikirkan perasaan adik biliknya Muiz yg
sedang buntu.
"Kau tau tak Muiz bukan main risau lagi kau tak layan dia? Puas dia pikir apa masalah kau. Sampai aku aku pun terjebak sekali. Haih Syam Syam"
" Orang yg berada dalam jalan Allah ni memang lain kan. Penampilan, cara hidup, cara berkawan. Kau kena terima hakikat tu. Dan kau kena bangga dengan hakikat tu. Biarlah apa orang nak kata. Janji kita nak capai syurga. Nak kata kita skema sebab belajar duapulohpat jam? Nak kata kita bajet warak sebab selalu jemaah kat surau? Nak kata kita poyo sebab main bola pakai seluar panjang tutup lutut? Apa lagi? Katakan lah! Tapi kita kena tetap dengan perjuangan kita! Kita kena FOKUS dengan tujuan kita!
Allah Ghoyatuna - Allah adalah tujuan kami
Ar Rasul Qudwatuna - Rasulullah teladan kami.
Al Quran Dusturuna - Al Quran pedoman hidup kami
Al Jihad Sabiluna - Jihad adalah jalan juang kami.
Al Mautu Fisabilillah asma amanina - Mati dijalan Allah adalah cita cita kami tertinggi.
Bingkai Kehidupan - Shoutul Harakah.
Kita kena selalu ingat. Allah tujuan kita! Jannah impian kita! Jangan pernah jatuh dengan belaian dunia. Andai tersungkur. Bangkitlah semula! Menentang melawan kejahatan itu adalah jihad. Menentang melawan malas itu adalah jihad. Hatta study pun dikira berjihad. Jika semuanya berpaksikan kepada Ar - Rahim , pasti kita tak akan tersasar. Pasti kita tidak menoleh kebelakang melihat jahiliyyah sebaliknya terus kehadapan menuju Jannah.
Kau tak boleh terus lemah macam ni. Kalau kau rasa lemah sekalipun mengadulah pada Allah. Lepastu cari penyelesaian. Aku dan Muiz akan sentiasa bantu kau.
Tiba2 aku rasa ada satu tubuh memelukku erat. "Maafkan aku Syam. Maafkan aku. Aku tak mampu nak bimbing kau. Aku tak mampu nak tegur kau. Aku tak ma... " Tubuh itu bersuara. Teresak esak. Aku dapat rasakan itu suara yg amat aku kenal. Suara yang tak pernah lekang mengingatkanku. Muiz
Aku memotong percakapannya.
"Aku yang patut minta maaf dekat kau. Aku lupakan kau. Aku tak tau kenapa. Tapi lepas Abang Haidar cakap semua tu. Macam bertalu talu peluru kena kat hati. Aku tahu kau peduli. Cuma aku yg tak guna. Maafkan aku... " aku pula yg teresak esak.
"Sudah sudah la tu korang nih. Letih aku tengok drama gay korang ni haha jkjk"
"Eh abg Hedar, ni bukan gay ehh. Ni namanya ukhuwah sejati.” Muiz back up. Macam biasa.
“Ukhuwah fillah gituhhh" Serentak aku & Muiz sambung. Gelak pecah.
"Alahai 'sweetnya' haih haha dah la siap siap amik wudhuk. Dok berdrama kat sini sampai nak dekat maghrib dah. Jakgi Syam jadi imam boleh?"
"InsyaAllah boleh sangat tu! " Eh tersemangat pule hehe.
- - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
Nah surprise. Sebenarnya nak buat cerita lain. Tapi dah tambah perencah itu ini. Jadiklah lain. Haha. Takde kena mengena antara sesiapa. Mungkin adalah sikit pasal aku. Heheh. Kalau ada kata kata yg terpanah kat hati tu adalah kebetulan saja ok. Aku tak tau kenapa aku guna jantina lelaki dalam post ni. Haha mungkin dek pengaruh APG, Mato & Hlovate. Barangkali.
Maafkan segala silap dan kata.
Fi hifzillah.
0 White pearl(s)