Duri-duri jalan.
7:48 PM
Diriwayatkan bahawa Umar bin Khattab r.a bersoal kepada Ka'ab tentang takwa.
Ubay bertanya kembali kepada Umar,"Apakah engkau pernah melalui jalan berduri? " Umar menjawab "Pernah"
Ubay bersoal lagi, "Apakah yg engkau lakukan?" Umar menjawab, "Aku berusaha sedaya upaya dan bersungguh sungguh. Ubay bin Ka'ab berkata, "Itulah takwa."
(Hadis Riwayat Al-Baihaqi)
Itulah hakikat takwa, iaitu kepekaan hati nurani, keheningan perasaan, rasa takut yang terus menerus, bersikap hati-hati dan waspada terhadap duri-duri jalan.
Duri duri yang boleh membawa kita jauh daripada Allah. Duri-duri cita-cita dan angan - angan. Duri-duri keresahan dan kegelisahan. Dan banyak duri yang lain.
Oleh itu. Berusahalah sedaya upaya. Dan bersungguh-sungguhlah.
ﺃُﻭﻟَٰﺌِﻚَ ﻋَﻠَﻰٰ ﻫُﺪًﻯ ﻣِﻦْ ﺭَﺑِّﻬِﻢْ ۖ ﻭَﺃُﻭﻟَٰﺌِﻚَ ﻫُﻢُ ﺍﻟْﻤُﻔْﻠِﺤُﻮﻥَ
Mereka (orang yg bertakwa) itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang beruntung.
(dipetik dari Al-Quran Istimewa Untuk Wanita terbitan Karya Bestari pemberian ukhti Syasya Emira yang disayangi kerana Allah)

posted from Bloggeroid
0 White pearl(s)