Eii skema kau jahh

9:10 PM

"Hai Lia!. Sambilsambil kita baca buku ni, kau nak dgr satu cerita lucu dak?"

Pujuk Ros kepada Lia, rakan sekelasnya.

Waalaikumsalam. Wahai sahabatku Ros. Mulai hari ini usah dikau mengajak aku untuk berada dalam kealpaan. Aku tidak mahu bergurau senda lagi. Aku sudah insaf. biarlah jiwaku ini khusyuk setiap saat tanpa terhibur. " ujar Lia.

"Aik.. ni kenapa ni tetiba jadik sekem semacam je ni. Kalau nak insaf pun takkan nk bergurau senda pun tak boleh. ?" Ros merasa pelik.

"Aku tidak mahu sedetik pun hati ni menjadi gelap. Biarlah aku bersendirian seketika. " Lia menjawab dengan penuh etika dan disiplin tatabahasa Melayu.


Dasyattt! Benarkah untuk menjadi baik, soleh dan semakin insaf, maka kita juga perlu jadi begini rupa?

Tak! menjadi baik tidak semestinya perlu jadi skema. Dan bila orang yg baik adalah skema.

Ada kisah di mana Nabi SAW bergurau dengan para sahabat.

Suatu hari ketika mana Nabi SAW sedang menikmati jamuan di sebuah rumah bersama para sahabat.
Apabila selesai makan kurma. biji kurma akkn diletakkan di dalan pinggan masing masing.

Sayidina Ali RA seorang sahabat dan menantu Nabi SAW turut ada bersama. Kemesraan mereka sememangnya sudah diketahui umum. Ali RA berniat utk bergurau dengan Nabi SAW.

Dengan sengaja dia meletakkan setiap biji kurma yang beliau makan ke dalam pinggan Nabi SAW. Sehingga penuh pinggan Nabi SAW. Ketika sedang berbual mesra. Ali RA mula meninggikan suaranya dan bergurau "Kalian semua saksikan. betapa Nabi ini kuat makan. Lihat sahaja pinggannya. betapa banyaknya biji kurma sudah dimakan Nabi SAW!"

Semua shabat tertawa kecil dengan gurauan Ali RA. Sedangkn mereka memang mengetahui biji kurma yg memenuhi pinggan Nabi SAW adalah milik Ali RA sendiri.

Nabi SAW pun menjawab kata kata Ali RA tersebut " Aku makan kurma sebanyak ini tidak mengapa. Lihat pinggan Ali RA, ia lagi dasyat. tiada satu pun biji kurma yg ditinggalkannya. Ali makan kurma dengan biji biji nya sekali!"
Semua sahabat ketawa dan terhibur dgn gurauan Nabi SAW. Ia telah menceriakan suasana majilis jamuan tersebut.

Berubah menjadi baik bukanlah bermaksud berubah menjadi 'skema' . Ramai yg takut untuk berubah kerana katanya ia terpaksa meninggalkan dunia 'cool' dalam dirinya.
Sedangkn menjadi baik itulah yg 'cool' bukan sebaliknya.

Renungkanlah semula maksud baik dan soleh itu adalah dengan menguatkan iltizam untuk mematuhi arahan dari Allah. Bukan dari 'cool' menjadi 'skema' . Ceriakanlah hidup anda, kerana agama bukanlah sesuatu yang mengongkong kita. ;)

Dipetik daripada bicara Imam Muda Asyraf dalam majalah Dara.com

:D

You Might Also Like

0 White pearl(s)

Followers

Like us on Facebook