Juri juri Akedemi Irony
12:28 AMSi Abu Bukan Nama Sebenar dan rakan2 bengang gila dengan sekumpulan atau segolongan manusia dilihat sebagai golongan yg suka meng-judge dia ketika dia sedang melakukan kesalahan.
Nak tau apa yg ironi nya dalam situasi ni?
Macam mana Abu dan rakan2 tahu yang golongan manusia itu judge dan cakap buruk pasal mereka?
"Eh! Aku tau la! Aku pernah dengar orang cakap budak-budak tu kutuk and pandang hina kat kat geng aku ! "
Kata Abu selepas menghisap rokok dan meniup asap berbentuk kereta api dari mulutnya
Berapa kali Abu dengar?
"Ala adalah sekali dua . Tapi aku memang dah agak dah. Aku pn memang percaya kat member aku tu." Sambil garu garu leher
Uhuk! Tersedak.
Jadi disebabkan sekali dua Abu dengar pasal mereka, terus percaya dan tak nak selidik betul2?
"Hmmm" pandang kiri kanan
Dengau sini baik baik.
Jika benarlah anda sebenarnya seorang yang berhati mulia,
Anda patut selidik dahulu sebarang khabar berita. Lebih lebih lagi jika berita tu mengenai perlakuan seseorang. Sebab sebenarnya jika kita mendengar hanya dari orang tanpa melihat sendiri, kita takkan dapat tahu apa sebenarnya yang sedang berlaku.
Dan akhirnya tiada siapa yang gembira . Semua hidup dalam prasangka. Tak best la gitu kawan!
Adalah tidak profesional dan kurang bijak lah sebenarnya jika kita marah orang mengata kita, (tanpa mengetahui hal sebenar) lalu terus melabel orang itu dan ini.
Tidakkah macam kedengaran pelik dan kekok
Apabila 'golongan yg dikatakan judgemental' membuat kesalahan, lalu seluruh dunia melabel.
Kemudian apabila contohnya golongan seperti Abu membuat kesalahan, kita diminta bersangka baik.
Apa kita berbeza-beza ?
Dan persoalan terakhir.
Mengapa harus kita fikir ada orang sedang mengata kita jika kita tidak melakukan kesalahan? Mengapa harus kita menjadi sebegitu insecure?
Tidaklah sesuatu itu terasa salah dan lain macam melainkan memang ada sesuatu yang salah dan lain macam.
YA. Memanglah sebagai manusia itu tidak selalunya boleh buat perkara yang baik sepanjang masa. Tidak selalunya ikut kata Tuhan selalu. Tapi adakah itu alasan untuk tidak cuba menjadi lebih baik?
Contohla kita tahu kita kurang bijak dalam sesuatu subjek, lalu kita berkata
"Aku memang tak pandai, nak buat macam mana, tak payah la belajar"
Bukankah itu satu tindakan yang 'sangat bijak'?
Hahaaa. Paham ke idok apa yang saya sedang sampaikan ni?
Kata kata ini tidak lain dan tidak bukanlah untuk mengingatkan diri sendiri yang begitu banyak kelemahan dan cacat celanya semua aspek.
Terpulanglah kepada anda mahu meletakkan diri di pihak yang mana.
Kerana the best selfie is muhasabah kan?
:)
Moga kita sentiasa dibawah redha dan rahmat kasih sayangNya.
Maaf. Bukan Iron yang ini eh hoho
0 White pearl(s)