Jalan Ini Bukan Jalan Kacang

1:23 AM

Kita menyedari tanggungjawab kita.
Untuk memanggil dan menyeru
Manusia ke jalan Tuhan

Alhamdulillah

Tapi kita sangka ia mudah
Mudah kacang

Kacang memang kacang
Macam pistachio yang belum terbuka kulitnya
Haa
Boleh bayang kan?

Nak kacang sangat kan

Kenapa jalan ni macam pistachio yg belum terbuka kulitnya?
Tapi bukan kacang tanah?

Kau fikir ianya semudah itu?

Mana ada jam Gucci harga RM5?

Mana ada sekotak cekelat Fererro Rosche harga 50sen?(melainkan Roka yg ala-ala FR haha)

Mana ada syurga yang jalannya tiada halangan?

Namun, kita harus tetap tempuhi nya. Biarlah orang berkata kita ni ekstrem kah, skema kah. Apa-apa la gelaran yang dapat. Sebab kita tau nikmat yang kita dapat nanti akan lebih lebih manis dan berpanjangan.

Samalah,

jika kita bertanya kepada orang yang membeli barangan berjenama seperti contohnya beg jenama Koach atau Cucci (bukan nama sebenar). Soalan yang biasa ditanya (bukan kepada saya)

"Kenapa beli beg mahal mahal? Kan ada beg kat kedai lain yang lebih murah dan cantik?"

Jawab mereka.
"Kami mendapat kepuasan membeli barangan yang berjenama itu. Dan beg tu akan tahan lama tau"
Walaupun kadang perit jugak simpan duit semata-mata kerana beg.

Nampak tak persamaan point disitu?

Di jalan ini, kita terasa sangat perit untuk ditempuh, namun kita gagahkan jua. Kerana kita dapat kepuasan. Biarlah berhabis duit nak jumpa mad'u. Tak kisah. Kita puas. Aku puas. Kepuasan kita dapat adalah apabila kita dapat peluang untuk melakukan sesuatu kebaikan. Biarlah sekecil mana, biarlah semahal mana. Asalkan ikut adat sunnah.

Dan kita tahu, InsyaAllah, dengan cara yang betul, usaha kita untuk mendapat syurga yang kita idamkan itu kekal lama selagi kita tidak berhenti untuk melakukan kebaikan hingga ke saat akhir.

Asalkan kita berniat kerana Allah. InsyaAllah. Semuanya akan dipermudahkan.

Moga kita sentiasa teguh di jalan ini dan jika terjatuh, jatuhlah kehadapan, kerana ia bermakna kita sedang maju kehadapan juga. 




aku bukanlah orang yang paling layak untuk cakap pasal peritnya perjalanan ni dengan usia yang sangat baru. Sangat sangat baru.

You Might Also Like

0 White pearl(s)

Followers

Like us on Facebook