Kerana buktinya sayang itu bukan ucapan semata

3:14 AM

Maafkan aku
Mungkin cara aku kurang baik
Mungkin kau terguris
Kerana aku jauh daripada sempurna.

Tapi jujur aku katakan.

Kerana aku peduli.
Kerana aku sayang.

Aku yang membenci,
Tak akan menegur.
Aku yang penting diri,
Tak akan menegur.

Kerana aku sayang,
Aku tegur.

Tindakan menegur adalah tanda sayangnya kita pada dirinya usaha untuk kita terus bersamanya di dalam kebaikan. Sama ada, reaksinya faham atau tidak, dapat terima dengan negatif atau positif, pulangkan pada Allah yang Maha memegang hati-hati hamba-Nya.

Aku tidak mahu menjadi teman yang membawamu ke kancah dosa. Kerana itulah seburuk buruk teman.
Aku mahu menjadi sahabat yang membawamu ke pintu syurga.
Syurga itu lebih baik daripada dunia dan seluruh isinya.

Kerana perhatian daripada Allah lebih indah dan manis daripada perhatian manusia di dunia sementara.

Aku menegurmu, bukti kasih sayang kepadamu kerana Allah.

' Saya sayang dia, sebab itu saya takut nak tegur, nanti dia akan menjauhi dirinya dari saya '

Tapi, relakah kita melihat dia selamanya dalam kemungkaran? Jika kita terus diamkan diri, adakah itu buktinya kita sayangkan dia?


Kasih sayang kerana Allah, adalah kasih yang tidak berpenghujung. Bukan sekadar di dunia, tapi untuk kesinambungan di akhirat sana.

Kadangkala, melihat dirinya, membuatkan diri kita berdoa di dalam hati supaya kita akan terus bersamanya di syurga nanti.

Namun, bagaimana kita ingin pastikan dia dan kita menuju jalan yang di redhai, jika kesalahan yang dia lakukan walhal di depan mata kita sendiri, kita tak mampu menegurnya?

Setiap manusia punya kesilapan, malah aku sendiri juga tak terlepas. Tegurlah aku, insyaAllah aku terima dengan terbuka dan berlapang dada.

Bukankah tarbiyah banyak mengajar kita tentang konsep berlapang dada?

Tegurlah kerana Allah, dan kerana matlamat akhirat.

Aku sentiasa sayangi kau kerana Allah. Jiddan jiddan.


Terima kasih sumber :
http://faralinaziz.blogspot.com

You Might Also Like

0 White pearl(s)

Followers

Like us on Facebook