Jalan Ke Syurga.

1:43 PM



Bismillahirahman arrahim

Adakah salah kita beribadat kerana nak dapat syurga?
"Mata duitan kau ni"
"Beribadat sbb nak dapat ganjaran jee"
Jawapannya : Tak salah. Kita beribadat sebab nak syurga tu maksudnya kita percaya dan yakin dengan janji Allah.

Allah siap gambarkn ttg ahli syurga dan kenikmatan yg mengiurkn supaya kita terbayang bayang serta terlalu ingin utk masuk ke syurga pada surah Al Mutaffifin ayat 22-28 (insyaAllah boleh sama2 kita rujuk surah tu)

Tetapi kita harus ingat bahawa tidak semua amalan kita akan membawa kita ke syurga. Tidak semestinya kita lihat seseorang itu jahat sekarang tetapi mana kita tau amal2 kecilnya yg ikhlas akan membawa dia ke syurga nanti.

Dlm sebuah hadis. Yg agak menggerunkn. Mahfumnya
"Sesungguhnya ada seorang lelaki / perempuan yg berbuat ibadat ahli syurga tetapi di akhirat mereka masuk neraka & pula ada lelaki atau perempuan yg buat amalan ahli neraka tapi kat akhirat merekalah ahli syurga."

Para sahabat pun gerun apabila mendengar hadis ini drpd Rasulullah saw.

(Iklan iklan ! ! Post ini adalah daripada ceramah Ustaz Dr. Zaharuddin Abd Rahman di Masjid Selat, Melaka pd 9 Januari 2014) ;)

Amaran kepada ahli ibadah, jangan kita tertipu (maghrur) dengan amal soleh kita. Rupanya amal itu sebahagiannya bukan kerana Allah. Bukan utk mendapatkn redha Allah. Tapi hanya mahu perhatian manusia. Nauzubillah. Hati-hati dalam beramal.
Jgn kita anggap orang yg buat maksiat tu ahli neraka. Allah menerima taubat hambaNya sehingga belum tiba hari kiamat. Maksudnya selagi belum kiamat, selagi itulah kita ada peluang.

Ustaz ada tegur mengenai menyebarkan video orang buat maksiat atau aib orang. Contohnya orang yg tak tutup aurat. Ustaz bg contoh vid 'Macam comel je' tu. Walaupun dia sbnrnya pakai tudung tp dlm video tu dia tak pakai tudung. Ataupun gambar orang yg dating tepi pantai. Mungkin orang itu dah bertaubat tp video itu telah tersebar walaupun kita sendiri tak simpan. Berapa banyak dosa kita dah kumpul.
So kena hati hati.

Jalan jalan ke syurga. Haaa ni baru masuk topik utama.
Yg pertamaaa

1. Memperkemaskan solat atau mantapkan solat
Dlm sebuah hadis Rasulullah bersabda " Perkara pertama yang akan disoal ketika akhirat ialah solat" Haaa betapa pentingnya solat kita. Sampai boleh bawa kita ke syurga. Kalau kita tengok, perintah solat disampaikan secara direct oleh Allah kepada Nabi Muhammad saw. Satu satunya ibadah yg disampaikan secara direct. Fuhh.

But yet kita lengah lengahkn solat. Abaikan perintah solat. Sedangkan Rasulullah naik turun langit semasa peristiwa Israk Mikraj hanya khusus utk ibadah solat. Ibadat2 lain kita hanya lihat pd hadis dan dlm al quran saja. Sungguh istimewanya solat.
Ustaz ada bgtau yg ustaz ada tulis buku tajuknya Formula Solat Dgn Sempurna.

Okay yg kedua
2. Keluarga.
Jalan ke syurga adalah melalui keluarga kita.
a) Bagi seorang ayah/suami jalan yg paling dekat iaitu isteri. Sebaik baik lelaki ialah lelaki yg baik kpd isterinya. Suami bekerja keras, suami beri nafkah zahir dan batin. Semua tu pahala yg insyaAllah ak menjadi jalan utk dia ke syurga.

Ada tiga kumpulan yang tak masuk.syurga
1. Anak derhaka
2. Lelaki yg dayuth (ustaz ckp ejaan die sebenarnya tha bukan dayus tp takpela)
Contoh lelaki yg dayuth ialah lelaki yg tahu isteri dia buat maksiat tapi tak tegur. Isteri pangkat atau gaji lg besar drpd suami. Isteri kena ingat walaupun isteri seorang CEO dan suaminya pangkat rendah sikit tapi bila di rumah dia hendaklah patuh kpd suami.

Jangan ada debu debu dayuth pun. Biarkan aurat isteri terbuka. Tak pakai stokin, tudung jarang. Bagi suami yg membawa isterinya naik motor, bila isteri naik motor, kainnya akan terselak dan betisnya akan terlihat. Kita kena jaga tu. Jgn biarkan aurat isteri kita jadi tontonan umum.

b) Ibu bapa kepada anak.
Ada kisah mengenai seorang ibu yg membawa dua orang anak perempuannya ke rumah Nabi saw utk meminta sedikit makanan. Rasulullah tiada di rumah ketika itu hanya Aisyah di rumah. Di rumah mereka pun tidak punya apa2 kecuali sebiji kurma. Lalu Saidatina Aisyah memberikn kurma kpd ibu itu. Ibu itu membelah dua kurma tu dan bg makan anak2 nya. Dan dia tak makan apa apa. Aisyah kagum dgn perlakuan ibu itu dan menceritakan kpd Rasulullah.

Rasulullah bersabda " Barangsiapa yg diuji dengan anak perempuan lalu dijaga dgn baik anak ppn itu maka kebaikan itu akan menjadi pendinding ibubapa drpd neraka"

Dinar yang dibelanja kpd ahli keluarga lebih utama. Ustz ada terangkn lg psl benda ni tp tak dpt hm maaf. Cuma ringkasnya belanja kpd ahli keluarga lebih utama drpd belanja kpd fakir miskin.

Yg ketiga
3. Sedekah.
* sedekah jariah
* sedekah kepada kaum kerabat
* sedekah kepada fakir miskin (dlm negara dulu)

Sedekah juga dpt memadamkan kemurkaan Allah.
Sedekahlah pada 4 masa iaitu ketika :
* sedang sihat
* sedang kedekut
* sedang jutawan
* sedang takut menjadi fakir

Dlm hadis lain, sedekah yg bila kita tgh ada sedikit namun kita derma jugak.

Sedekah juga boleh ubati penyakit
" Ubati penyakitmu dgn sedekah"
Tidak kira tika penyakit hati atau fizikal. Andaikata kita seorang yg hasad dan selalu bersangka buruk. Dermalah. Nanti kurangla penyakit tu.

Jalan yg keempat pula iaitu jalan terakhir (yg ustaz sempat)
4. Fahami dosa besar.
Seperti judi dan riba
Allah ada beritahu perihal riba dalam Al Quran surah Al Baqarah ayt 275++

Allahualam
Moga semua dpr manfaat drpd post ini. 
Kalau salah tolong tunjukkan. Tolong. Aku masih jahil.
Moga Allah redha. 



You Might Also Like

0 White pearl(s)

Followers

Like us on Facebook