Sweetest Moment : Kempen Anggun Di Mata-Mu & Street Dakwah
9:51 PM
Assalamualaikum
Apa khabar saudara saudari sekalian,
okay biar saya straight to the point okay. Pada Ahad , 9 Disember 2012 telah berlangsung satu program yg dinamakan Hijrah: Anggun Di Mata-Mu dan Cinta Allah dan Rasulullah di Masjid Selat , Melaka.
Kita mula dari awal pagi okay.
8++ pagi saya keluar rumah untuk ke program tersebut.
hoho keluar awal pagi la sebab program start pukul 9 pagi hehe keluar lepastu sarapan ngn family. Lepastu dalam pukul 9 sampai dah kat Masjid Selat. Masa mula mula sampai tu rasa macam segannya takde siapa yg saya kenal kat sini. Farha pulak sampai dalam pukul 9.15 mcm tu. Walaupun 15 minit tapi penantian merupakan satu penyeksaan you know. haha
Dah sampai, program bermula dgn tazkirah. dan seterusnya pembahagian kumpulan.
Saya dapat kumpulan 1. Yeay! hehe masa tgk ketua kumpulan 1 tu kan, macam kenal tau. hehe macam ada follow dia kat twitter. hoho Siapakah dia ?
Sesi taaruf bersama ahli kumpulan dan usrah :')
Ni Bonda. Wanita Ikram :D
Lepas sesi usrah. Ummi mula membahagikan pamplet kepada setiap kumpulan
and guess what? Kumpulan 1 dapat Dataran Pahlawan! Fuhh sangat mencabar jiwa.
Mula mula bonda panggil 4 orang utk naik kereta beliau dan bergerak ke DP tapi sebab dalam geng tu ada 4 org dan aku yg ke lima cuma stranger yg takde kawan, so akak tu tarik je aku ajak ikut sekali. hehe.
yang sama kereta dengan saya Kak Ummu, Kak Sakinah, Kak Syud and Kak Amira akak2 ni semua 18 tahun and im the only one yg 16 tahun. hahha terasa muda please :D
Asiff jiddan tak boleh letak banyak banyak sebab gambar ni bukan saya yg punyee, ada member kat #TeamHijrah Melaka punya. So boleh tgk kat situ je lah.
Oh kitorang pergi dalam pukul 2.30 pm gitu and balik pukul 4 lebih. Fewh. Sesungguhnya berdakwah itu bukanlah sesuatu yg mudah. Ada yg menolak ada yg hanya mendengar and ada yang menerima dengan baik Alhamdulillah.
So lepas balik tu sesi perkongsian pulak. Macam cerita yg saya dengar. Next time aku harus lebih berani untuk berdakwah kepada masyarakat. Sebab masa sepanjang kami buat street dakwah tu, aku tak banyak bercakap, cuma kak Ummu dgn Kak Sakinah je yg banyak cakap. Aku ...... :(
Ini cerita aku.
Ada satu pakcik omputeh ni tau, kitorang dah aim dari jauh dah pakcik ni.aku dah siap siap ayat nak 'mengayat' pakcik ni. hihi tapi malangnya pakcik tu dah pun dapat pamplet drpd ahli program sendiri. huhu. Lepastu aku pun mintakkan la dia isikan borang survey yang utk non-muslim. Dia menolak jugak. :( *psst, tapi aku tak bangun utk bercerita lah *
''Oleh itu berikanlah sahaja peringatan (wahai Muhammad, kepada manusia dan janganlah berdukacita kiranya ada yang menolaknya), kerana sesungguhnya engkau hanyalah seorang pemberi ingatan'' (88:21)
|
and thiz iz
namanya kak Laila. haha diala ketua kumpulan 1. Amat penyabar orangnya :D
ada Hanan, Farha, Kak Sakinah, Kak Ummu, Kak Hijrah and Kak Laila
Uhibbukumfillah :')
Ni yg semua orang dapat.
Ni salah satu pamplet utk diberikan pada org awam. Mostly yg dalam English tu target untuk Non-Muslim.
Itu saja daripada saya. Kenangan pengalaman yg saya pada hari itu akan sentiasa tersemat dalam hati.
Tahun depan kalau ada event macam ni jemput lah datang okay :D
*Maafkan segala kepoyoan safura dalam entry ini, sesungguhnya safura mmg poyos :P
Gambar from : 1) Street Dakwah <3
2) 9/12/2012 <3
Page #TeamHijrah Melaka
#TeamHijrah
0 White pearl(s)