2012 : The Great Advanture

11:16 PM

Assalamualaikum

Hai. Sebelum semua orang duk busy cerita pasal new year kah apa kah. Aku mulakan cerita aku dulu. Cerita tentang aku yg dulu.
Dilahirkan pada tahun 1996. *kirakira jap* maksudnya tahun ni aku berumur 16 tahun.
Aku tak tau kenapa tp kalau org tanya umur berapa kan, aku tanya balik "tahun ni ke tahun depan?" hehe tak sabar sangat nak masuk 17 hoho

EHHHHHHH!!
IM GOING 17 !!!!
Haaaaah~ how time flies.
I remember back then I had my first love when I was 13. 13! Hahah first love lah sangat. Biasalah. Budak2 yg meningkat remaja ni.

Haha lepas tu bila form 2 turun kelasssss T.T wuuuu sedih sedih tak dpt jumpa kawan. 'bercinta' time form 1 jugak dipersalahkan. Haha. Tak salah aku lah kan. Masa form 2 ni lah aku diperkenalkan(atau memperkenalkan diri?) kepada dunia blog. Dunia fashion.

Dan disitulah bermulanya
Aku mula teruja pada trend trend terkini. Tapi tika itu aku masih dapat berfikir dgn waras. Aku masih mengekalkan style tudung yg menutupi dada. Baju yg melepasi paras punggung. Namun bagi aku mengikut syarat syarat tersebut sudah cukup bagi aku. tak lupa jugak post post islamik kat FB aku fikir. Sudah cukup untuk "tidak mendapat dosa" sebab mengikuti syarat yg dinyatakan dalam islam. Sudah cukup pahala aku.


Bertudung sekadar menutup dada.
Berpakaian sekadar memenuhi syarat "labuhkan baju melepasi punggung" tapi pakai seluar nampak bentuk kaki.
Kadang baju dah labuh tapi masih nampak bentuk badan.
Baju jarang = nampak bentuk badan.

Allah.... Dah tak mau ingat semua tu. Alhamdulillah baju and seluar masa zaman tu semua dah ketepikan.

Tapi tu tak bermakna aku sudah sempurna. Aku masih lagi terpengaruh dengan fashion sekarang. Apa itu... Peplum?
Tolong kawan tolong. Walau labuh mana pun peplum awak jgn beli. Sebab memang sifat peplum ketat kat badan kan.
Tapi kalau yg dah terbeli. Macam aku T.T Boleh je kita pakai baju long sleeve crop hm maybe boleh tutup bentuk badan kita tu.

Tapi yakin kah yg orang tak pandang kita? Yakin kah yg Allah reda dgn pakaian kita?
Kadang kita(aku) terlalu teruja dgn pakaian tu sampai lupa syarat2 nya. Kadang kita(aku) nak sangat pakai pakaian yg tengah 'IN' sampai tak sedar yg aku sedang pakai pakaian syubhah. Allah. Jauhkan aku dari memakai pakaian yang syubhah tu Ya Allah.

"Barang siapa yg memakai pakaian dgn tujuan kemasyhuran, Allah akan memakaikannya dengan pakaian yg hina" :'(

Walaupun mungkin pada masa tu memang niatku itu hanya kerana ke 'in' an pakaian itu tapi..

Dalam buku 'Aurat Mahkota Wanita'

Pakaian yg dipakai bukan dengan niat utk bermegah megah. Tetapi ia menjadi tarikan kpd manusia disebabkan pemakaian tersebut.
Hukumnya : Ia hendaklah meninggalkan serta menanggalkan pakaian tersebut dan memakai pakaian yg lain.

Walaupun aku sudah membaca ayat itu like a year ago tapi , baru sekarang macam rasa kena sepak. 

Alhamdulillah sekali lagi. Aku berjaya get rid of baju baju tu and maybe nak hadiahkan kat kawan Indian aku? Heheh.

Kalau tak maybe aku nak jual. Ada ke orang nak beli? Heh




Peristiwa jahiliyah aku berakhir(mungkin) masa pertengahan tahun ni.
Doakan aku utk terus istiqamah :')

Hihi macam cerita lari daripada tajuk je? :P
Okay sambung boleh? Hm masa form 4 pulak aka tahun 2012 ni. Macam macam benda yang berlaku.
Ramai kawan kawan aku pindah. Antara yang aku rapat sangat iz Adu! Hehe ya nama dia Adu. Haha ceh dok aih namanya Syahirah Jainal. Cantik orangnya. Pandai. Ayuu. Hoho tak leh puji lelebih. Ada yg kembang pula nanti :p

Dia daripada form 3 kitorang selalu pergi (takdelah selalu mana tapi selalulah jugak hehe)
Kitorang pergi Pertandingan Roket! Sejak tu macam jadi lagi rapat kan adu kan. Sampai form 4 muka kitorang jugak la yg pergi pertandingan tu. Amphibian Car lagi.
Kenangan dengan adu mmg tak pat nak lupa ah. Tapi sekarang dia pindah Mozac~ T.T

Kawan kawan yang lain, jangan sedih la. Korang pun ada di hati ini. UNFAY aku takkan lupa! Farha, Yanie, Najihah, Nazurah, Yasmin :D

Yelah. Nana pun sama. Dua dua Nana. Satu Syazana satu Syazlyana. Adik yg tak serupa adik! Haha macam aku bukan kakak :P
Syazana, Farahin, Azuba terima kasih kerana setia dengan aku. Aicehh (padahal terpaksa :/)
Aku yg kuat merajuk. Aku yg kuat nangis. Semuanya aku lah. Sayang korang tau!

Nak tengok gambar tak? Hehe 
tuttt tutt tutttt



hehe this is me and Adu!
Masa ni form 3. Dalam album Last. Before PMR haha tapi album ni dah private dah. So this is an exclusive preview you knoww. haha masa makan2 kat rumah yanie lepastu pergi JJ depan rumah :D

 This! Masa pergi China Bridge Summer Camp. In CHINA. hehe and ni fasi group aku. Miao Miao jie jie <3 andd yes. cara sebutan Miao tu macam meow meow kucing tuuu. haha. comel kan

Ni Ming Yan jie jie :)

kamus express :
jie jie = kakak/akak 


Ni masa aktiviti lepas PMR pulak. Bowling yawww
Adu, Me(peace), Jia, Fad.

ala la budak budak comel niii :*
Jia, Qira, Yanie.

Girls Day Out at A Famosa. 
Ada aku post pasal ni kat blog. Carik sendiri :P
2011 : Mine: Girlfriends. Carik sendiri~


 Ni masa aktiviti lepas PMR jugakk. Kat ZOO MELAKA! haha.
and thats me and yanie and a girl with brunette hair. COMEL! ><
and we 're like " Dah besar mesti dia cantik kann ? :P" #TypicalThoughtsAfterSeeingACuteGirl

Cuz we 're the AWESOME. Hahaha.
Me, zura and jia :D
--------Masuk zaman form 4 pulak----------


hehe ni dengan Four. Ni masa Malaysia-Thailand Youth Camp ok ni kat melaka lah.Orang Thai dtg sini. Duduk kat Hang Tuah Heritage Hotel. 4 ke 5 hari tah ?  Awhh rinduuuu :(

Yang group perempuan from Bangkok pergi sekolah aku. MGHS. That's Mork and Syera :D

Me  and Aida :*



Ni masa Hari Koku Raya kat sekolah.
Awhhh im so gonna miss 2012 :')

Lepas tu ada program Hijrah Anggun DiMataMu tu. 
BESTNYA 2012! 
Tahun depan dah 17 years old. Yep, thats mean SPM and I am NOT READY! wuuu. Hm
Sooo, Happy New Year everyoneee :D

Im so hoping and praying that 2013 will be much more awesome Ameen. 
Till then ;)

Last but not least.
Salam~

You Might Also Like

0 White pearl(s)

Followers

Like us on Facebook