Tudung Saji, Pembungkus Roti & Beg Plastik Mydin part 2

7:29 PM



MENUTUP AURAT BUKAN RUKUN IMAN & ISLAM

Membicarakan tentang dalil penutupan aurat bukan menjadi perkara pokok perbincangan kerana saya percaya kita sudah maklum akannya.
Tetapi yang perlu diperjelas dan diperbetulkan  adalah kekeliruan dan salah faham yang berlaku dalam  tuntutan dan perintah menutup aurat.
Ramai yang berkata, saya sudah menunaikan lima (5) rukun Islam dan enam (6) rukun Iman dan menutup aurat tidak pula disebutkan sebagai satu rukun daripadanya.
Jom kita fikir menggunakan akal yang logik. Jika anda hendak membina sebuah rumah untuk didiami adakah memadai dengan hanya memacakkan tiangnya sahaja?
Atau anda mahu mereka bentuk sebuah rumah yang terbaik demi keselesaan anda dan kelurga anda. Tak cukup dengan kipas angin ditambah pula dengan air-cond. Tak cukup dengan TV3, ditambah pula kuali Astro.
Begitulah perumpamaannya dengan tuntutan menutup aurat. Rukun-rukun tersebut merupakan tiangnya. Daripada wujudnya tiang, akan ditambah pula tingkap, tangga dan bilik-bilik.
Jika dilihat dengan lebih dalam lagi, bagaimana ibadah solat dan haji juga menuntut untuk kita menutup aurat sebagai salah satu syarat untuk menyempurnakan ibadah-ibadah tersebut.
Tak rasa pelik dan janggalkah apabila melakukan solat, menunaikan haji dan umrah sahaja kita berpakaian sempurna tapi usai sahaja ibadah tersebut kita menanggalkan pakaian kehormatan yang menutup aurat tersebut.

''MAAF SAYA JAHIL SAYA TIDAK TAHU"

- Ini mungkin jawapan yang akan diberi oleh sesetengah daripada kita, tetapi tanyalah hati kecil kita. Benarkah dengan kecanggihan teknologi hujung jari dan kemudahan akses internet dikebanyakan tempat kita layak dikategorikan sebagai jahil? -

Hakikatnya kita selalu berdolak dalik dalam memberikan alasan untuk berubah. Mungkin juga takut dikatakan menongkah arus.
Kalaulah kita sedar bermula dengan diri kita sendiri, kemudian menyedarkan kelurga kita, kemudian kita menyedarkan pula sahabat-sahabat taman perumahan kita, kemudian sahabat-sahabat teman sepengajian kita, maka alangkah hebatnya.
Sudah tentu gelombang dan seruan kebaikan tersebut akan makin berkembang dan berkembang sehingga fenomena dan situasi ini tidak lagi dilihat sebagai menongkah arus.

You Might Also Like

0 White pearl(s)

Followers

Like us on Facebook