Tudung Saji, Pembungkus Roti & Beg Plastik Mydin
11:17 PM
Assalamualaikum
Artikel ini ditulis atas rasa kasih sayang yang mendalam terhadap kalian, insan yang pernah kukenal atau tidak pernah kenal tetapi disatukan atas nama ISLAM.
Tersebut alkisah di sebuah negeri jauh di pedalaman yang jarang ditembusi para pendakwah melainkan setahun sekali iaitu pada bulan Ramadhan. Seorang makcik bertanya pada salah seorang ustaz usai tazkirah Maghribnya.
''Ustaz, apa hukum memakai tudung?''
Jawab si ustaz dengan penuh yakin,
''Tak Wajib!''
Mak cik tersebut tidak mengalah, diajukan pula soalan kedua.
''Apa pula hukum memakai baju?"
Dengan penuh yakin lagi sekali dan dinyaringkan sedikit suaranya,
''Tak Wajib!''
Mak cik tersebut mula menggaru kepalanya yang tidak gatal sambil mengerutkan dahinya yang sudah tersedia kedut. Ustaz tersebut mula berdehem dan bersuara.
''Mak cik, dalam Islam, kewajipan menutup aurat Islam tidaklah terlalu rigid dalam menetapkan jenis dan bentuk pakaian yang wajib dipakai tetapi Islam meletakkan beberapa garis panduan agar Islam ini dilihat fleksibel, sesuai sepanjang zaman dan tempat. Kalaulah tudung saji, pembungkus roti , dan plastik Mydin Satu Malaysia boleh digunakan untuk menutup aurat, maka hukumnya Harus digunakan , malah boleh jatuh hukum Wajib dalam keadaan darurat jika hanya 'pakaian-pakaian' tersebut yang boleh digunakan untuk menutup aurat.''
Terkebil-kebil mak cik tersebut mendengar syarahan ustaz tersebut. Masuk kampung setahun sekali, sempat lagi nak beranalogi dan melawak dengan aku, bisik hati kecil mak cik tersebut.
bersambung....
pada hari dan waktu yang lain dlm puraaapureee
0 White pearl(s)