Takpa - takpa. Kita NORMAL

7:54 AM






Pernah tak masa kita dalam satu majlis ilmu, kita terasa sangat manis. Kemanisan iman duduk dalam majlis ilmu tu sangat best. Sangat menyantun jiwa yang keras ni.

Tapi.
Once kita balik ke dunia kita. Jumpa kawan2 sekuliah, kawan kawan sebilik, kawan kawan se-kelab. Kita jadik 'jahat' balik. Seolah olah kita tak pernah pun dalam keadaan halawatul iman (kemanisan iman) tadi. Seolah olah kita bukan insan yang pernah mendapat taufiq dari Dia?
Pernah? Pernah kan?

Bila kita jadik macam tu, kita terasa macam sangat hipokrit. Terasa macam talam dua muka. Sekejap baik sekejap setan.

Tapi sayang. Jangan bersedih. Sebab kita sebenarnya Normal. Even para sahabat pun pernah mengalami keadaan sebegini.

Memang. Kita memang akan rasa macam tu. Kerana sememangnya suasana begitulah yang akan menenangkan hati kita dan menjernihkan iman kita.

Bak kata omputeh, Refresh balik iman kita. Buat mereka yang ada suatu tempat yang boleh refresh balik diri kita macam usrah, majlis ilmu mingguan, dan sewaktu dengannya. Teruskan. Teruskanlah apa yang anda lakukan itu. Anda bukan hipokrit.

Kita cuma insan biasa yang akan jatuh bila tidak kuat. Namun kerana Dia, kita harus kuat.

Saya suka sangat phrase ni :
"Fake it till you make it"

Takpelah. Walau kelihatan palsu. Walau kelihatan hina. Namun Tuhan tahu. Kita berusaha untuk capai redha dia. Dan kerana itu. InsyaAllah, ikhlas dan istiqamah akan menyusul. InsyaAllah. 


 

You Might Also Like

0 White pearl(s)

Followers

Like us on Facebook