Antara Kawan dan Dia?

2:11 AM

Ini adalah salah satu pengajaran yang aku dapat perhatikan sepanjang aku bermastautin di Bangsar ni.
Terasa nak smackdown diri ini sebab sangat lemau.

Bagaimana harus aku katakan eh. Hm

Ok. Situasi tersebut selalunya berlaku didalam tandas ketika tiada sesiapapun yang sedang melabur.

Contohya
Aku akan meminta rakanku untuk temankan aku di toilet. Tapi bukanlah untuk masuk sekali dalam ruang kecik tu hahahambar

Cukuplah untuk tahu yang kawanku berada dalam berdekatanku supaya aku tidak terasa keseorangan dan tidak terasa sesiapa menganggu.

Lalu setelah beberapa kali berbuat sedemikian, baru baru ini. Semasa waktu kejadian, hati aku tetiba terdetik. "Bukankah Allah itu sentiasa Ada?"

"..Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya," (Al Qaf : 16)

Tidak cukupkah Dia yang Maha Melihat, Dia yang Maha Mengetahui, Dia yang Maha Melindung?

Kadang kita selalu lupa. Namun kadang kita ingat je. Tapi tak tau lah. Sebab kita tak nampak Dia. Sebab kita tidak merasa keberadaan Dia. 

Astaghfirullah.
Alhamdulillah.

Ini adalah satu tamparan yang hebat buat diri aku sendiri bahawa Allah itu Sentiasa Ada. Sentiasa.

Tandas ke, bilik ke, sosial network ke, daripada sekecil kecil ruang hingga sebesar besar dewan. Dia sentiasa ada memerhatikan kita. Menilai dan menguji.

Sungguhlah, dengan ibadat dan amal itu, hati semakin terasa adanya Dia.

Dan aku. Masih jauh lagi untuk mencapai tahap banyaknya ibadah dan amal.
Tapi aku ingin merasa adanya Dia.
Lalu aku harus perhebatkan ibadah, amal dan sentiasa ingat ingat Tuhan.

Doakan aku. Doakan kita semua. 

p/s : bukanlah tak boleh bawak teman langsung. Sbb takut minda tak dapat mengatasi kuatnya imaginasi dan halusinasi. Hoho.

You Might Also Like

0 White pearl(s)

Followers

Like us on Facebook