Cinta ( maaf kerana cliche)

9:39 PM

Cinta .

Cinta itu, boleh diumpamakan
bagai makan
sambal belacan.

Eh. Hehe.

Benar, cinta itu macam makan sambal belacan.

Biar pedas hingga menitis air mata
tapi mahu
dimakan jua.

Pernah bercinta? 

"Eh mestilah pernah tiap2 dua bulan aku tukar aweks"

Oh ye ?

Kau nak tau tak macam mana rasa mencintai dan dicintai yang betul2 punya.
Boleh buat nangis punyaaa
Boleh tidur bila asyik sebut nama dia
Sebab rasa disayangi
Lepastu rasa selesa bila didampingi

Itulah nikmat cinta.

"kau ni boleh tahan jiwang jugak eh? Siapala yg malang menyangkut dan tersangkut kat kau ni"

Aku rasa disayangi. Aku rasa dihargai. Aku rasa eh macam2 la aku rasa. 'Dia' aku tu sweet gila. 

Sweet sangat walaupun 'Dia' uji aku. Pedih woo. Terlalu pahit untuk ditelan. 
tapi macam makan belacan jugak. Aku still sayang. And aku tau dia pun sayang aku jugak.
Belacan pedas kan? 
Tapi dengan dia ni, aku rasa macam makan macaroon yang Syasya bawak balik haritu.
Manisnya tak terkata.
Sampai boleh diabetes kalau cinta tu makanan.

"fuhh dasssat betul kau ni. Angau tahap langit ke-lapan"

Sungguh, aku tak tipu. Walau macam mana aku jahat dgn dia pun dia masih sayang aku lagi. Rasa bersalah jugak kengkadang.

Lalu pabila bersalah tu kadang2 je. Aku buat lg jahat. Aku ingatkan dia nak marah. Tapi tak. aku masih disayangi, masih dimanjai, masih dikasihi.

Benar. 
Sungguh aku cinta. 
Sungguh aku cinta padaMu yang Rabb.

Ya. Cinta aku tu Allah.
Allah yang Maha Mengasihi. 
Allah yang Maha Mengasihani.

Tanpa sifat Allah yang kesian kat kau tu, kau takkan dapat hidup lagi kau tau?
Allah akan matikan kau sebelum kau sempat bertaubat. Masuk neraka. 

Tapi. Tak kan? Kau masih hidup kan ? Kau masih boleh menyedut oxygen masuk dalam hidung kau kan. Allah bagi peluang kau hidup kan?

Tanpa sifat kasih Allah kau takde diberi makan pakai mewah mcm ni.
Ye. Allah yang bagi semua tu.
Allah yang bagi kau halangan untuk buat itu dan ini sebab Allah tau benda tu tak baik untuk kau. Dia jaga kau.
Sweet kan tu?

Tapi kita ni makhluk tak tahu bersyukur 


"Jika kamu bersyukur, nescaya Aku akan tambahkan (nikmat) kepadamu, tetapi jika kamu ingkar, sungguh, azabKu amatlah keras."
[Ibrahim, 14:7]
Ada dua golongan je dalam dunia ni. 
1. Golongan yang Allah bg nyawa kat dunia ni untuk bagi peluang kepadanya bertaubat.
atau
2. Golongan orang yang Allah bg nyawa kat dunia ni untuk teruskan buat kemaksiatan dan kejahatan tanpa diberi hidayah. Dan bila mereka mati, masuklah neraka..

Nah, kau nak golongan yang mana. 
Yang 1st ke 2nd?

Pilihan ditangan anda.




-


875 | via Tumblr


Peringatan untuk diri sendiri jugak.
Wallahualam.
Moga Allah Redha.

You Might Also Like

1 White pearl(s)

Followers

Like us on Facebook