Aku bukan sejenis tu thanks

8:40 PM

Asslamualaikum

Hey there.
Di mana mana sekolah pun. Mesti ada budaya adik angkat kakak angkat abang angkat lah. Tapi sekolah saya takde lah abang angkat ni. :0

KENAPA??

Sebab saya sekolah perempuan. Hahhahaa.... gelak lah :P

Tidak kurang juga di sekolah saya ada guru angkat dan tandas angkat. Sangat inovasi je anak anak.
Tapi bukan pasal tandas angkat mahupun guru angkat lah yg saya ingin bicarakan disini.

Saya nak cakap pasal... pasal... Angkat mengangkat sesama warga sekolah. Here it is.

Saya ada seorang adik angkat. Namanya X. Hha bukan main X lagi :P Kawan saya tahu lah kot siapa kah X itu kan. So masalahnya disini bagi kebanyakan warga sekolah fikir yang bila ada adik angkat or kakak angkat. Dia terus dilabel lesbian. Okay bukan semua lah. Most.

And that word is the one that i get a lot. Lagi lagi bila connection dgn X. Maybe sebab saya terlalu terbuka. Terbuka bila jumpa X kat sekolah.
Maybe faktor orang cakap saya macam tu adalah kerana saya takde boyfriend.

So what. saya takde boyfriend and ada adik angkat is enough to prove to you that im a lesbian? Whoa ..
dan orang yang ada boyfriend and dating dengan boyfriend pegang2 lah apa dianggap normal. Padahal kita tau dah haram kan. This world is turning other way around.

Lebih menyedihkan kawan yang saya rapat sendiri label saya macam tu.

Ok kenapa ada boyfriend dianggap normal. "Atleast dia ikut fitrah lelaki dengan perempuan. Unlike YOU"
So again there it is. Hm memang baguslah ikut fitrah kan, so fitrah lelaki suka tgk perempuan tak tutup aurat so perempuan no need tutup aurat. Fitrah lelaki suka dgr suara perempuan yg merdu so kita kena buat suara merdu. lagi merdu bila kita ckp ngn parents kita lagi mendayu dayu daripada mendayu suara kita memohon doa. Kalau nak ibaratkan. Macam tu ke yang awak maksudkan?

Perempuan rasa selamat bila pegang tangan lelaki haram. Warmmmm sangat. Jadi berikan saja dia pegang pegangan sampai pegang tempat lain juga. Fitrah kan.

Having a 'adik angkat' doesnt mean that having a girl as your boyfriend. Friends. Please. Fix your perception.
Cuba lah fikir something yg baik baik sikit. Macam "dia kan takda adik maybe dia nak la rasa ada adik sorang" ke. Islam menganjur kita untuk berbaik sangka kan.

Lainlah kalau adik saya tu saya buat mcm boyfren girlfren ke apa. Bila habis sekolah saya jumpa adik. Hm takat tu jelah. Fikiran kita ni 'moden' sangat sampai mampu fikir sejauh tu.

Oh btw being me for not having a boyfriend doesnt mean i dont have any interest in any guy. Its just not the time. Sekarang bukan masanya untuk mengejar cinta si adam yg entah kekal entah tidak. Its the matter of loving the one true God. The Almighty God.
The love that will always stay. Cinta yang kekal abadi. Cinta Allahurabbi :')


Sekian terima kasih
Safura memang suka diskriminasi

You Might Also Like

0 White pearl(s)

Followers

Like us on Facebook