Aku, Dia, Kau, Dia, dan Facebook. (worth to be read :p)

11:11 PM

Dihadapan mata aku ada satu permukaan yang leper. Tetapi terkandung 1001 kisah dunia. Dunia luar. Dunia dia. Dunia mereka. Dunia aku.

Dengan sekali scroll. Aku boleh kumpul bermacam kerenah dan ragam manusia bercerita perihal diri mereka.
Drpd rintihan, kegembiraan, kemarahan, malah juga 'doa' . Semuanya ada. Apabila tiba sesuatu musim. Maka aku tidak perlu buka televisyen dan buka TiBi3 utk mengetahui maklumat terkini.

Kerana semuanya ada di depan mata!

Daripada keputusan perlawanan bola sepak dan kepada isu curang artis tempatan. Ada saja manusia yg mencoret maya hal semasa itu di laman mereka.

Panjang pulak aku membebel. Haha back to the topic.

Sedang aku scroll. *read : buang masa(jgn tiru aksi ini)

" Saya sayang girlfie saya till jannah! "

Suratan takdir. Aku terjumpa pula satu status yang berbaur sinis(not so sinis pon).

" Kalau kiter betul2 sayang orang tu, kita takkan sentuh dia. Sampai dia jadi halal untuk kiter "

Satu persoalan disini.
Apakah pokok rujukan yang kita rujuk. Jannah? Syurga? Halal? Dari manakah datangnya teori teori konspirasi ini? Wahaha.

Hari berganti hari.
Malam berganti siang. Cewah.

Lalu Allah kurniakan satu jalan utk persoalan aku ini. Iaitu.

Semuanya kembali padaNya.

Cliche bukan?
Tapi cliche(dlm topik ini) itulah yang indah kalau difaham betul betul sebenarnya.

Potongan ayat ni mungkin kita dah selalu dengar. Tapi ingin aku ingatkan sekali lagi. 

Pokoknya Allah berfirman..

Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.
(Adzariyat, 51:56)

Kita hidup untuk mengabdikan diri pada Allah.
Dah tu?
Daripada segumpal darah, seketul daging. Maka terciptalah kita.
(Boleh rujuk details kat ayat 23 surah Al Mukminun)

Allah juga berfirman.

ﻛُﻞُّ ﻧَﻔْﺲٍ ﺫَﺍﺋِﻘَﺔُ ﺍﻟْﻤَﻮْﺕِ ۗ ﻭَﻧَﺒْﻠُﻮﻛُﻢْ ﺑِﺎﻟﺸَّﺮِّ ﻭَﺍﻟْﺨَﻴْﺮِ ﻓِﺘْﻨَﺔً ۖ ﻭَﺇِﻟَﻴْﻨَﺎ ﺗُﺮْﺟَﻌُﻮﻥَ

"Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan."
(Al-Anbiya,21:35)

ﺛُﻢَّ ﺇِﻧَّﻜُﻢْ ﺑَﻌْﺪَ ﺫَٰﻟِﻚَ ﻟَﻤَﻴِّﺘُﻮﻥَ

"Kemudian, sesungguhnya kamu sesudah itu akan mati." (23:15)

Gulp. Kebenaran yang pahit. Hidup di dunia ni hanya sementara kan. Aku kira. Semua orang tau dan, sedia maklum kot  yang satu hari nanti, semua akan merasai mati. 


ﺛُﻢَّ ﺇِﻧَّﻜُﻢْ ﻳَﻮْﻡَ ﺍﻟْﻘِﻴَﺎﻣَﺔِ ﺗُﺒْﻌَﺜُﻮﻥَ

"Kemudian sesungguhnya kamu akan dibangkitkan hidup semula pada hari kiamat." (23:16)

Whuuuu. Ini perit. Kita akan dibangkitkan semula? Buatpe? 

Bagi kebanyakan manusia. Mereka kata..
Hidup untuk mati.

Saya bertanya kpd anda.
Kemudian lepas mati?
Life kita akan habis macam tu je?

Apa yang terjadi dengan harta yang kita kumpul?

Apa jadi dengan gambar2 selfie kita? Eh.

Apa jadi dengan kawan2 pesbuk yang kita kumpul?

Apa yang terjadi dengan baju baju designer kita?

Apa jadi dengan likes dan followers yang kita dapat kat social media yang kita impi impikan?

Apa jadi dengan pujian2 orang terhadap style terbaru kita?

As a muslim. Kita percaya. Malah menjadi satu rukun iman. Untuk percaya pd hari akhirat.
Hari akhirat. Padang mahsyar. The place / time when where all of our deeds akan ditimbang. Semua orang akan dihadapkan depan Tuhan. Tak kira islam ke tak. Christian or buddist. Semua.

Allah dah berjanji. Bukan sekali. Tapi berkali kali dalam kalamNya.

Ehhh japjap. Before tu. Aku nak kauorang clear kan fikiran korang. Dan jawab soalan ni. 
Apa definition taqwa? ........
Aku rasa semua orang yang dah lepas SPM dah sedia maklum kot pasal istilah taqwa ni. 
Taqwa secara simple je didefinisikan as = Ikut apa yang Allah suruh dan tinggal apa yg Allah larang. 

Ok. Buat suruh, tinggal larang. Ok clear? Jom teruskn.

Mereka yang bertaqwa akan diberi ..

"Balasan mereka di sisi Tuhannya ialah syurga Adn (tempat tinggal yang tetap), yang mengalir di bawahnya beberapa sungai;

Kekallah mereka di dalamnya selama-lamanya;


Allah reda akan mereka dan merekapun reda (serta bersyukur) akan nikmat pemberianNya.


Balasan yang demikian itu untuk orang-orang yang takut (melanggar perintah) Tuhannya. "


(Al Bayyina,98:8)

Allah dah janji. Dan Allah pasti akan tunai.
Tinggal kita nak buat apa yang Allah suruh. Dan tinggal apa yg Allah larang.

Sebab tu kita takde masa nak ber couple
Sebab tu kita takde masa nak dating
Sebab tu kita takde masa nak lawan & tinggikan suara dengan mak ayah.
Sebab tu kita takde masa nak tweet perkataan buruk.
Sebab tu kita takde masa nak kejar pujian orang.
Sebab tu kita kena jaga pergaulan.
Sebab tu kita kena tutup aurat...

Sebab masa kita tak lama kat dunia ni.

Sebagai hamba Allah, kita wajib mentaati perintah Dia. 
To Allah we belong, and to Him shall we return.

Dia bagi kita oxygen untuk hidup, Dia bagi kita makanan, minuman, pakaian, nyawa, organ badan semue tu, kau ingat datang dari mana? 

Perintah2 yang telah tertulis dalam Al Quran dan hadis. 

Perintah tutup aurat. Wajib kita ikut.
Perintah solat lima waktu. Wajib kita ikut. 
Perintah bercakap perkara yang baik dan meninggalkn perkataan yang buruk. Wajib kita ikut. 
Perintah mentaati perintah ibubapa. Wajib kita ikut.
Dan perintah2 lain.

Being orang yang mengikut landasan agama yang sebetulnya bukanlah bererti kita kena pakai tudung labuh paras lutut. Pakai jubah 24/7 . Pakai serban. Atau. Kena amik bidang agama syariah usuluddin semua tu. Atau bergelar ustazah atau ustaz

Tak sayang. Tak. 

Jadiklah apa yang kau mahu jadik. 
Allah tak halang pon kau nak jadik apa. 
Doktor. Cikgu. Fashion designer. Photographer. Designer. Architect. Penyanyi. Ahli sukan. Tailor. 
Name it. Semua boleh. 

Yang penting, apa yang kita buat tu tidak bercanggah dengan apa yang Allah suruh. Siap!

Marilah kita menjadi seorang muslim yang sebenar. Muslim yang bukan hanya pada ic. Tapi pada hati. Yang kemudiannya terzahir pada penampilan insyaAllah. 

Cuz you know, being an ignorant muslim is too mainstream.


****

Khas untuk anda-anda yang aku cinta kerana Dia. Sungguh, aku sayang kat hampa semua. Jom ah kite berlari berkejaran masuk syurga sesame!

Maafkan segala silap dan salah aku.
Tidaklah aku buat post ni melainkan hanya kerana aku sayang.

You Might Also Like

0 White pearl(s)

Followers

Like us on Facebook